Pengajaran mikro saya

Sunday, 27 November 2011

CIRI KHAS TUMBUHAN BAGI MELINDUNGI DIRI DARIPADA MUSUH

Apa akan terjadi sekiranya saya menyentuh haiwan ini?



dan ini?

Kedua-duanya akan memasukkan badannya ke dalam cangkerang
         


Inilah cara haiwan melindungi diri daripada musuh. Adakah tumbuhan mempunyai cara tersendiri untuk melindungi diri? Ada juga. Untuk apa tumbuhan melindungi diri? Tumbuhan melindungi diri daripada gangguan haiwan. Cara tumbuhan melindungi diri bergantung pada jenis tumbuhan tersebut. Tumbuhan melindungi diri dengan ciri khas mereka masing-masing. Antaranya termasuk:
      a)  berduri
      b) mempunyai bulu halus
      c) merembeskan susu getah
      d) beracun
      e) mempunyai kulit luar yang tebal dan keras
      f) berbau sengit dan pahit
      g) menutup daun

Hari ini, kita hanya fokus pada tiga jenis ciri khas tumbuhan bagi melindungi diri daripada musuh. Antaranya ialah tumbuhan yang berduri, mempunyai bulu halus dan merembeskan susu getah.


i)  Tumbuhan yang mempunyai bulu halus
             
    
                                                                             Labu
    
               Sebagai manusia, kulit pada kita ditumbuh dengan bulu. Sama seperti manusia, sesetengah tumbuhan juga ditumbuh dengan bulu. Sila memerhatikan gambar labu di atas, tahukah anda bulu halus labu ditumbuh di bahagian mana? Jawapannya pada buahnya. Bulu halus yang ada pada labu akan menyebabkan manusia atau haiwan lain yang menyentuhnya berasa gatal. Perasaan yang tidak selesa ini dapat mengelakkan manusia atau haiwan lain menyentuh padanya.
               Selain daripada labu, masih terdapat tumbuhan yaang lain menggunakan ciri khas ini untuk melindungi diri. Contohnya tebu. Bulu halus bukan ditumbuh pada buahnya tetapi daunnya. Berbea dengan labu, bulu halus pada tebu bersifat tajam. Apabila manusia atau haiwan memetik akan dicederakan oleh bulu halusnya. Dengan itu, manusia dan haiwan juga tidak berani menyentuh daun tebu.


ii)  Tumbuhan yang mempunyai susu getah

                                                                              Keladi

        Kita telah mempelajari bulu halus tumbuhan merupakan salah satu cara tumbuhan bagi melindungi diri daripada musuh. Dengan ciri khas yang sedia ada, musuh tidak dapat mencederakan tumbuhan maka dapat terus hidup. Keladi mempunyai ciri khas yang berbeza dengan labu dan tebu. Keladi akan merembeskan susu getah yang menyebabkan haiwan lain berasa gatal. Dengan itu, manusia atau haiwan tidak berani menyentuh atau memakan keladi. Ini dapat mengelakkan haiwan lain mendekati dan mencederakannya. Tanpa ciri khas ini, keladi tidak mungkin dapat hidup sampai hari ini.



iii) Tumbuhan yang berduri

                                                                         Bunga Ros

       Dalam dunia ini, terdapat banyak tumbuhan yang ditumbuh dengan duri. Duri pada tumbuhan merupakan salah satu cara untuk melindungi diri daripada musuh. Sebagai contoh, bunga ros dan nanas mempunyai duri untuk melindungi diri, musuh tidak berani menyentuhnya. Bunga ros ialah sejenis tumbuhan yang senang didapati di merata tempat. Bunga ros berwarna cantik dan menarik. Akan tetapi batang bunga ros dipenuhi dengan duri. Manusia atau haiwan lain mudah mengalami kecederaan sekiranya ingin memetik atau mendekatinya.


Dapatkah anda mengenalpasti tumbuh-tumbuhan yang berikut mempunyai ciri khas yang mana satu untuk melindungi diri daripada musuh?

i)   Buluh




 ii)   Kaktus



iii)   Pokok betik







(Anda boleh cuba jawapan anda di bahagian bawah dengan cara mengundi. Cubalah!)




Gambar Menarik

Pernahkah anda melihat labu yang sebesar ini?






No comments: